Klinik Kulit & Sakit Sendi Marang

Klinik D

Di Klinik D, kami menggabungkan perkhidmatan dalam bidang kesihatan kulit dan masalah musculoskeletal untuk memberikan rawatan komprehensif kepada pesakit kami.

Gambar berkaitan saraf dan sendi di Klinik D, iaitu sebuah klinik sakit sendi & kulit di Marang
Gambar Pintu Hadapan Klinik D - Klinik Sakit Kulit & Sendi di Marang

13

TAHUN PENGALAMAN

Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentang Klinik D

Klinik D adalah sebuah klinik kulit & sakit sendi di Marang yang merupakan destinasi utama anda untuk penjagaan kesihatan kulit dan masalah sendi yang komprehensif dan berkualiti tinggi. Terletak dengan strategik di Wakaf Tapai, Marang, Terengganu, kami bangga menyediakan khidmat rawatan terbaik dengan sokongan dokter kami yang berpengalaman dan mesra pelanggan.

Servis Rawatan Kulit

Klinik D menyediakan rawatan kulit terkini dan berkesan untuk meningkatkan kualiti dan kesihatan kulit anda. Kami percaya setiap kulit unik, oleh itu kami menawarkan rawatan yang disesuaikan untuk mencapai hasil terbaik untuk kulit anda.

hydrated-skin - Klinik D iaitu klinik kulit & sakit sendi di Marang, Terengganu

Rawatan Kulit Am

Kami menyediakan rawatan untuk gatal, kudis, ketumbuhan di kulit dan sebagainya.

001-acne - Klinik D iaitu klinik kulit & sakit sendi di Marang, Terengganu

Jerawat

Kami menyediakan rawatan jerawat yang komprehensif, termasuk kaedah laser dan kimia untuk membantu merawat masalah jerawat yang berpanjangan.

002-pore - Klinik D iaitu klinik kulit & sakit sendi di Marang, Terengganu

Jeragat

Rawatan jeragat kami melibatkan pelbagai teknik seperti laser dan chemical peeling untuk mengurangkan penampilan jeragat.

003-laser - Klinik D iaitu klinik kulit & sakit sendi di Marang, Terengganu

Laser

Kami menawarkan perkhidmatan laser untuk pelbagai masalah kulit termasuk penghapusan tanda lahir, pengurangan kedut, dan banyak lagi.

004-chemical-peel - Klinik D iaitu klinik kulit & sakit sendi di Marang, Terengganu

Chemical Peeling

Kaedah ini membantu membersihkan lapisan kulit luar untuk meningkatkan tekstur dan kecerahan kulit.

005-microneedling - Klinik D iaitu klinik kulit & sakit sendi di Marang, Terengganu

Microneedling

Rawatan ini menggunakan jarum kecil untuk merangsang penghasilan kolagen, membantu kulit tampak lebih muda dan sihat.

006-electrosurgery - Klinik D iaitu klinik kulit & sakit sendi di Marang, Terengganu

Electrosurgery

Kaedah ini digunakan untuk membuang kutil, tahi lalat, dan masalah kulit kecil lain dengan menggunakan arus elektrik.

PRP (Platelet Rich Plasma)

Kami menyediakan rawatan PRP untuk merangsang pertumbuhan sel-sel kulit baru dan meningkatkan kesihatan kulit secara semulajadi.

Servis Rawatan Sakit Sendi, Urat & Saraf Tersepit

Di Klinik D, kami menawarkan rawatan terkini dan inovatif untuk mengurangkan kesakitan dan meningkatkan mobiliti. Dengan pendekatan holistik dan terapi terkini seperti rawatan tanpa pembedahan, kami berusaha membantu anda mendapatkan kembali kualiti hidup yang baik tanpa kesakitan yang berpanjangan.

Sakit Sendi

Rawatan untuk masalah sendi termasuk yang berpunca dari proses keradangan, penuaan ataupun trauma.

Sakit Urat

Rawatan untuk masalah urat termasuk otot, ligamen, tendon, dan bursa menggunakan teknik terkini dan rawatan tanpa pembedahan.

Sakit Saraf Tersepit

Rawatan holistik untuk mengurangkan kesakitan dan kebas akibat saraf tersepit.

Rawatan Otot

Terapi khusus untuk masalah otot termasuk keletihan otot, kekakuan, dan cedera otot.

Rawatan Ligamen

Rawatan untuk kecederaan ligamen untuk meningkatkan kestabilan sendi.

Rawatan Tendon

Terapi untuk merawat kecederaan tendon yang melibatkan latihan terapeutik dan teknik pemulihan.

Dr. D Suhaimi Said

(MD, RMSK, CIPS, LCP)

Dr. D, seorang doktor bertauliah yang mempunyai special interest dalam bidang dermatology dan pain management. Beliau mendapat pendidikan dermatology dari Institute of Dermatology (Thailand), dan di tauliah sebagai pengamal perubatan aesthetic oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. Kemudian beliau mendapat pendidikan interventional pain dari University of Montpellier (France), dan disahkan sebagai interventional pain sonographer oleh World Institute of Pain (USA) dan musculoskeletal sonographer oleh Alliance for Physician Certification & Advancement (USA). Beliau juga menjadi penceramah dan fasilitator untuk kursus pain management menggunakan ultrasound. Dr. D adalah pilihan utama untuk pasien yang mencari penjagaan terbaik untuk masalah kulit dan musculoskeletal di negeri ini.
Klinik D iaitu klinik kulit & sakit sendi di Marang, Terengganu

Doktor Sakit Kulit & Sendi di Marang, Terengganu!

Kami berusaha untuk menyediakan rawatan yang teliti, berfokus kepada keperluan individu, dan selalu mengutamakan kesihatan dan kesejahteraan pelanggan kami. Hubungi kami hari ini untuk mendapatkan rawatan berkualiti tinggi di Klinik D, Marang, Terengganu. Kami sedia membantu anda mencapai keadaan kesihatan yang terbaik.

Wanita memegang file di Klinik D iaitu klinik kulit & sakit sendi di Marang, Terengganu

Lakukan Temu Janji Hari Ini

WhatsApp kami segera untuk dapatkan temu janji anda bersama Klinik D. Sama ada rawatan kulit atau sakit sendi, urat & saraf tersepit, kami di Klinik D sentiasa bersedia membantu anda.

Hubungi Kami

Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan, perlu penjelasan lanjut, atau ingin membuat temujanji, jangan ragu untuk menghubungi kami. Pasukan mesra pelanggan kami di Klinik D sedia membantu anda dengan senang hati.

Klinik D